Prestige Health Management » Nursing Services

This page lists Private Nursing services.

Click on any item to view details.
Use the search box to filter by location (city, state) or any keyword

Prestige Health Management

Work 29-C, Jalan Wawasan Ampang 2/3, Bandar Baru Ampang Ampang Selangor 68000 MalaysiaWork Phone: +603-4270 1480Work Fax: +603-4270 1481Cell Phone: +6013-2965263Website: http://prestigehealthmanagement.com.my/
Background

Syarikat Prestige Health Management & Marketing Sdn Bhd (891200-M) telah ditubuhkan pada Mac 2010 telah terus menerus berkembang pesat di dalam industri pekhidmatan kesihatan di Malaysia. Prestige Health Management & Marketing Sdn Bhd bermula sebagai syarikat konsultasi pengurusan perkhidmatan kesihatan. Kami membantu syarikat perkhidmatan kesihatan swasta di dalam menguruskan keperluan pengurusan yang semakin bertambah dan membebankan. Urusan seperti keperluan dokumentasi perubatan yang rumit, menguruskan aduan dan masalah pelanggan, pengurusan staf dan memenuhi kehendak semasa pelanggan.

Kami melebarluaskan lagi perkhidmatan kami dengan menawarkan perkhidmatan rawatan yang berkualiti di rumah dengan memperkenalkan Prestige Home Nursing Care service. Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada pelanggan berdasarkan kepada keperluan pesakit dan bekerjasama dengan anggota keluarga pesakit dalam memastikan proses pemulihan dan penyembuhan yang sempurna. Kunci utama kepada kualiti perkhidmatan yang kami tawarkan adalah pasukan jururawat kami yang terlatih dan professional. Jururawat yang kami sediakan adalah terlatih dan mampu memberikan khidmat rawatan yang terbaik untuk para pelanggan.